Tuesday, August 22, 2017

Meriahnya Majlis di Cassa Detik

Bismillahhirrohmaanirrohiim...
Assalamualaikum..

Bertempat di sebuah Banglow "Cassa Detik" namanya.. yang terletak di kawasan Ampang..telah pun kami tunaikan hasrat Puan Rohani dan suami En Hasnizam Hashim dengan izin Allah juga..kerana meraikan majlis aqikah marhaban dan berendoi buat baby Nur Amanda Raisha yang baru berusia 3 bulan.
Meriahnya majlis aqikah anaknda Nur Amanda..dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai dari kedua2 belah pihak ibu dan bapanya. 
Oleh kerana kami nak mulakan majlis selepas Zohor..kami bergerak lebih awal dari rumah dan kami akan bersolat zohor di lokasi majlis. Alhamdhulillah.. seperti yang di rancang, perjalanan dan perancangan kami berjalan lancar. 

pelamin indah buat  Nur Amanda..

Sepatu comel buatan tangan Puan Hani sendiri untuk puteri kesayangan..

Kebanyakkan masa Nur Amanda diam dan tidor saja.. 


pandangan kasih sayang seorang ibu..



 ramai sanak saudara yang meraikannya..



acara wajib buat kami..


 meriahnya kami.. hehe

menepati thema majlis..

keselurohannya..majis sangat meriah dan cantik hiasanya, ala2 english garden gitu..kerana kekangan masa tak dapat nak mengambil gambar banyak..

Thursday, August 3, 2017

Marhaban di TTDI Shah Alam

Bismillahhirrohmaanirrohiim..
Assalamualaikum..
Memenuhi undangan majlis aqikah, marhaban dan berendoi dari ahli kumpulan kami sendiri. Majlis meraikan cucunda puan Sarina Baba di kediaman anaknda beliau di TTDI Shah alam..
Kehadiran ramai ahli Kumpulan Marhaban Al-Insyirah memeriahkan majlis tersebut. bergema suara otai-otai ahli kumpulan pada majlis tersebut..
Apa pun terima kasih banyak Kak Sarina.. masih setia bersama kumpulan dan setiap tahun mengundang kami ke majlis-majlis anjuran sanak saudara Kak Sarina..






Kak Sarina yang sentiasa tersenyum dan berlemah lembut orangnya..



Wednesday, August 2, 2017

Marhaban di Taman Desa Saujana Kajang

Bismillahhirrohmaanirrohiim
 Assalamualaikum..
Alhamdhulillah..syukur dengan nikmat yang Allah berikan..dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk meneruskan aktiviti marhaban Kumpulan Izzatul Hasanah pada 9 Julai lalu..
Undangan datangnya dari seorang planner yang akak panggil Zai. Zai seorang yang cepat mesra dan peramah adalah tokey kedai cakebossbangi, cuba kawan-kawan klik pada link yang akak sertakan tu..macam2 design kek ada..cantik2 belaka pulak tu..review dari pelanggan pun kata sedap semuanya dan pelanggan dia pulak dari kalangan keluarga VIP.

Alhamdhulillah..majlis aqikah dan potong jambul telah selamat kami sempurnakan. Majlis berlangsung di Taman Desa Saujana Kajang..acara berlangsung dengan tenang, santai dan meriah.. Tuan rumah suami isteri sangat peramah dan mesra. Mereka yang mengambil gambar kami untuk diabadikan sebagai kenanagan. Layanan first class dari tuan rumah yang tak akan kami lupakan. Kalau nak diikutkan mahu saja kami melepak lama-lama sambil bersembang..tapi kerana kami ada undangan lagi pada sebelah petang..jadi kami terpaksa juga minta izin awal untuk mengundurkan diri. Kami diiring sampai ke pintu pagar. Terimakasih banyak kepada tuan rumah..semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi tuan rumah suami isteri dan anak2..aamiin

Buat Zai.."Tahniah Zai..semoga di murahkan rezeki dan bisnes bertambah maju dan jika di izinkan Allah kita boleh berkerjasama lagi..Aamiin"...



Seronoknya akak melihat mereka sangat cantik dan sangat sepadan dan mereka adalah SAUDARA BARU..

Bangganya akak pada mereka yang mahu belajar mengikut cara adat Melayu dan sudah tentulah Aqikah itu ada hukumnya didalam Islam. Ada tiga pendapat hukum dari ulama didalam masaalah status hukum  Aqikah. Ringkasnya mengikut pendapat madzhab Syafi'i..hukumnya sunnah (mustahab) yang ertinya..apabila mampu..











bunga rampai ini adalah untuk acara potong jambul..selain air mawar dan gunting di perlukan juga semangkok air untuk meletak rambut yg telah di gunting supaya tidak berterbangan..
akak sedia menerima tempahan bunga rampai..jika memerlukannya. tak susah nak buat..tapi kekadang tuan rumah tak sempat nak sediakannya..
berminat dengan kumpulan kami.. hubungi kakrose 0122117464