Wednesday, August 27, 2014

Marhaban di Ukay Perdana

Assalaam..
..update aktiviti marhaban di Ukay perdana pada hari sabtu lepas 24/8/14..
undangan dari puan Nor Khairiah dan suami En. Ehsan Amin untuk meraikan majlis cukur rambut dan aqiqah anaknda beliau baby Nur Jannatul Adnee..
majlis berjalan lancar, tenang dan meriah. bermacam juadah dan gerai di sediakan. Ada laksa penang, kueh muih, nasi beryani, lontong dll. Ada gerai teh tarik, roti canai dan mee goreng. kami dapat menyempurnakan majlis lebih awal..kerana ada lagi majlis lain yang menanti kami selepas solat zohor..


baby Nur Jannatul Adnee  nyenyak di buaian..

acara bertahniq  * kata orang belah mulut  olih ustazah Rukayah..


 


bergambar kenangan bersama Nor yang sangat peramah dan baik hati. Nor mengiringi kami pulang sampai ke hujung jalan. terimakasih Nor dengan layanan Nor yang istemewa buat  kami. ada rezeki kita berjumpa lagi..insyaAllah..

Monday, August 25, 2014

marhaban di pingiran subang

Assalaam..
..update aktiviti marhaban 16/8/14..10.30 pagi..
Jemputan bacaan yasiin disebelah pagi  datangnya dari Taman Pingiran Subang. Jemputan melalui salah seorang dari ahli kumpulan kami, jadi akak tak sempat dan terlupa nak tanya nama tuan rumah. majlis di janjikan dengan kedatangan ahli marhaban seramai 10 orang..tetapi yang dapat datang cuma 7 orang sahaja. maklumlah masih dalam bulan syawal.. banyak acara rumah terbuka masih lagi berlangsung..jadi ramai ahli kumpulan yang tak dapat menyertai untuk membaca yassiin..
selesai membaca yassiin dan doa selamat..acara memotong rambut/jambul di buat secara ringkas sahaja dan  tiada acara berendoi..








Tuesday, August 19, 2014

Marhaban di Kajang

Assalaam..
updet aktiviti marhaban sabtu lepas 16/8/14..
kami ke majlis jamuan raya merangkap majlis cukur rambut dan berendoi baby Adelia Safiyyah anaknda kepada pasangan En. Amir dan Puan Muzanira berlangsung  dikediaman mereka di Taman Ceras Prima..
 sepatutnya kami sampai awal dan memulakan majlis seawal mungkin..tapi di sebabkan kami sudah tersilap melihat alamat dan tersalah jalan..menyebabkan kami terlambat sedikit..
Alhamdhulillah..semuanya berjalan lancar seperti di rancang..kerana Allah adalah sebaik baik perancang..
meriahnya majlis Puan Muzirah dan En.Amir. semua sudut rumah dipenuhi dengan tetamu. Tetamu di biarkan duduk bersantai dan bersimpuh sambil menikmati juadah yang di sediakan. duduk bersimpuh di atas lantai yang beralaskan permaidani indah..seolah olah suasana beraya di kampung saja..
walaupun khemah ada di sediakan..kebanyakan ibu yang ada anak anak lebih selesa duduk bersempuh sahaja..
satu pemandangan yang sangat menarik melihat tetamu bersama keluarga memasing membentuk kumpulan kecil sedang menikmati juadah sambil berborak santai..
idea yang sangat bagus. sesiapa yang ada ruang pakir kereta yang luas..bolehlah buat gaya begini bila mengadakan sesuatu majlis..
tak perlulah memasang khemah disepanjang jalan..hehe



 cute nya baby Adelia Safiyyah ni..sayang..muaahhhh!








sebenarnya majlis ini adalah majlis kedua yang kami raikan..
sebelumnya..pada sebelah pagi kami meraikan majlis aqikah dan cukur rambut di Pingiran Subang. tapi tuan rumah mahukan kami membaca yassin saja. majlisnya simple dan ringkas. tak sampai satu jam majlis dah selesai..



Tuesday, August 12, 2014

4 in 1

Assalaam..
seharian memenuhi undangan majlis kawen..majlis berkhatam Quran..majlis chukur rambut dan rumah terbuka..
4 majlis dalam sehari ..
kiranya 4 in 1 lah..
dengan pakaian uniform marhaban kesemua majlis..ada yang kata nampak unik dan manis..hihi

pada sebelah pagi meraikan tiga sepupu ini berkhatam Quran. Alhamdhulillah..bacaan mereka sangat lancar dan tidak ada masaalah dalam sebutan makhraj  dan tajwidnya..



*****

Alhamdhulillah..
pada sebelah tengahari pula meraikan majlis cukur rambut baby Amilyn Ruqayyah Mohd Yazid anaknda kepada En. Mohd Yazid Zaimuri dan Puan Natrah Ramli di Bandar puteri Kelang.
 majlis berlangsung dalam suasana santai dan meriah. kami amat berbesar hati kerana Puan Natrah sudi mengundang kumpulan kami untuk memeriahkan majlis cukur rambut anaknda beliau. kami juga minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan Puan Natrah yang mahukan kami hadir pada sebelah pagi..




  
****

pada sebelah petang pula kami memenuhi jemputan kenduri kawen anak jiran kami di dewan alamanda seksyen 20 shah alam. kebetulan uniform kami pula sedondon dengan warna tema majlis tersebut..hahaha
meriah! meriah! meriah sungguh..


selepas tu kami menuju ke destinasi memasing..ke rumah terbuka pula..