Tuesday, August 12, 2014

4 in 1

Assalaam..
seharian memenuhi undangan majlis kawen..majlis berkhatam Quran..majlis chukur rambut dan rumah terbuka..
4 majlis dalam sehari ..
kiranya 4 in 1 lah..
dengan pakaian uniform marhaban kesemua majlis..ada yang kata nampak unik dan manis..hihi

pada sebelah pagi meraikan tiga sepupu ini berkhatam Quran. Alhamdhulillah..bacaan mereka sangat lancar dan tidak ada masaalah dalam sebutan makhraj  dan tajwidnya..



*****

Alhamdhulillah..
pada sebelah tengahari pula meraikan majlis cukur rambut baby Amilyn Ruqayyah Mohd Yazid anaknda kepada En. Mohd Yazid Zaimuri dan Puan Natrah Ramli di Bandar puteri Kelang.
 majlis berlangsung dalam suasana santai dan meriah. kami amat berbesar hati kerana Puan Natrah sudi mengundang kumpulan kami untuk memeriahkan majlis cukur rambut anaknda beliau. kami juga minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan Puan Natrah yang mahukan kami hadir pada sebelah pagi..




  
****

pada sebelah petang pula kami memenuhi jemputan kenduri kawen anak jiran kami di dewan alamanda seksyen 20 shah alam. kebetulan uniform kami pula sedondon dengan warna tema majlis tersebut..hahaha
meriah! meriah! meriah sungguh..


selepas tu kami menuju ke destinasi memasing..ke rumah terbuka pula..

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..