Assalaamualaikum..
Dalam sehari kami menerima dua jemputan kemajlis aqikah dan potong jambul. Selagi kami mampu untuk membahagikan masa kami untuk memenuhi undangan tersebut..kami akan lakukan. Mudah-mudahan kami semua di beri kesihatan yang baik olih Allah SWT dan dapat melaksanakan permintaan masyarakat dan dapat meneruskan minat kami..insyaAllah..aamiin
Majlis pada sebelah pagi di rumah Puan Rosimah di Taman Putra Perdana pada jam 11 pagi. Di sebelah malam pula undangan dari Puan Nurul dari Bandar Saujana Putra pada jam 8.30 malam. kedua-dua lokasi pun di Pucong
Bila ada undangan pada sebelah malam seperti yang akak maklumkan awal..kami bertolak sebelum maghrib dan mencari masjid atau surau yang berdekatan dengan lokasi tuan rumah. Jadi kami tidaklah terburu-buru mengejar waktu seperti yang telah di janjikan sekiranya kami bertolak selepas mghrib di rumah..
kiranya ontime lah kami sampai.. :)
ini majlis di rumah Puan Rosimah di Taman putra Perdana jam 11 pagi..
ini majlis di rumah Puan Nurul di Bandar Saujana Putra Subang pada sebelah malam..
No comments:
Post a Comment
ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..