Assalamualaikum..
Tarikh 30/1/16.. jam 11.30 pagi.. masa yang akak janjikan kepada Puan Fatin Nor Diana dari Denai Alam.
Sebelumnya kami ada majlis pada jam 9.30 pagi, jadi selesai sahaja majlis.. kami
terburu-buru datang..bimbang jika kami
terlambat sampai. rasanya tidak seronok pula nanti jika dilihat sebagai kumpulan yang
tidak menepati janji..
Alhamdhulillah..sempat juga kami sampai ke rumah Puan Diana agak tepat juga pada waktunya. Maklum.. jam yang kami pakai pun tak sama tepat waktunya kan..hehe
Mesti ada yang bertanya..kenapa nak sibuk-sibukkan diri setiap minggu memenuhi undangan kemajlis keraian aqiqah dan potong jambul?
Jawapannya..mungkin yang bertanya itu dah memang sibuk dengan aktiviti sosial lain, aktiviti kekeluargaan, kemasyarakatan, persatuan dll. jadual mereka penuh dengan aktiviti.
Bagi kami surirumah merangkap nenek-nenek yang tidak bekerja ni..inilah peluang kami untuk bersosial dan keluar rumah pada hujung minggu, lupakan sementara dunia menjaga cucu-cucu.. melebarkan sayap, merehatkan minda dan melihat dunia luar dari duduk dalam kepompong dunia sendiri. Sambil-sambil itu dapat juga pahala.. berkat kami berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jika tiada aktiviti sebegini..duduklah kami menghadap TV..silap waktu TV yang menghadap kami....hihi
Akak belanja gambar sekitar majlis aqiqah anaknda kepada Puan Fatin Nor Diana bersama suami En Muhamad Jasri Abdul Jamel iaitu baby Jasnita Aishah Muhamad Jasri. kami mendoakan agar baby Jasnita membesar sebagai insan yang solehah..yang patuh akan perintah Allah dan Rasulnya..taat kepada kedua ibu bapanya..di luaskan rezekinya dan sihat tubuh badannya..aamin
No comments:
Post a Comment
ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..