Friday, August 7, 2015

Marhaban di Khadijah's Kitchen

Assalaamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh..
Memerlukan khidmat kumpulan kami..sila whatsapp, sms..KakRose 0122117464

Boleh dikatakan setiap minggu kami menerima jemputan kemajlis aqikah dan potong jambul untuk acara marhaban dan berendoi, sehingga tidak berkesempatan untuk update entry acara tersebut. Bila tertinggal terlalu lama tidak diupdet..akak pun terlupa dimana tempat kejadiannya nak mulakan cerita..
sebolehnya akak nak berlaku adil pada diri sendiri..menulis setiap aktiviti marhaban di setiap majlis untuk jadi rujukan sendiri atau sekurang2nya customer akak boleh juga merujuk di sini melihat semula aktiviti dimajlis mereka bersama kumpulan akak. Ataupun bakal customer akak bolehlah cuci2 mata dengan segala kisah dalam gambar-gambar yang akak paparkan di sini..

Minggu lepas 2/8/15 kami menerima undangan dari Khadijah's Kitchen. Majlis aqiqah marhaban dan berendoi di adakan direstoran tersebut. Pada mulanya akak tidaklah pula menyangka yang jemputan tersebut datangnya dari Dato' Khadijah Ibrahim penyanyi popular tanah air suatu masa dulu..sehinggalah PA beliau memberitahu kami setelah kami sampai kelokasi tersebut.
Tidak sangka pula beliau berminat mengundang kumpulan kami untuk meraikan majlis aqikah marhaban dan berendoi untuk cucunda ke lima beliau @ sambutan rumah terbuka aidilfitri..
majlis bermula seperti yang di jadualkan..sangat meriah dengan kehadiran tetamu dan sanak saudara yang ramai.. ramai juga tetamu ternama yang hadir.
Kami di beritahu bahawa Dato' Khatijah sendiri yang menyediakan makanan hasil dari airtangannya sendiri. Menu yang sangat banyak lagi lazat terhidang untuk para tetamu yang hadir. Tidak dapat akak lupakan laksa johor yang sangat enak dan lazat.
Terimakasih Dato' dan PA @En.Azman yang sudi berurusan dengan kami.
Di harap kami dapat berurusan lagi di lain kali.

bangganya.. bila semoden mana pun kita..
 adat melayu lama tetap dipelihara..



 gaya hiasan mini pelamin buat baby. sangat simple dan menarik..

banyak lagi gambar2 koleksi peribadi  Dato' Khatijah menghiasi dinding restoran sebagai tarikan bila pengunjung datang kesini. ini pun curi2 snap gambar sebab ramai sangat tetamu..terasa malulah pulak nanti dikatakan mengalahkan reporter sibuk sangat nak ambik gambar..;)


sementara menunggu tetamu kehormat sampai..kami lepak2 dulu sambil menikmati makanan ringan..








Tidak sangka pula semasa majlis sedang berlangsung..penyanyi yang mendapat gelaran paparock Datok Ramli Sarip sudi mendengar alunan dendangan kami. Bila ditanya tentang bagaimana dengan suara dan dendangan kami? beliau terus berkata..sangat baik! Saya seorang penyanyi, saya tahu menilai suara orang! Semuanya teratur dan paduan suara pun sangat harmoni..
terkejut kami menerima pujian dari beliau. alamak..macam tak caya aje!hihihi
Yang penting kata beliau..cuba sedaya upaya untuk puaskan hati tuan rumah. Jangan ambil masa terlalu lama..45 minit hingga 1jam dah kira oklah tu..pendek kata jangan syok sendiri nak berdendang..hahaha
memang itulah masa yang kami ambil setipkali membuat persembahan
 kedua2 Datok sangat mesra dan peramah. Mudah di ajak bergambar walaupun mereka sedang sibuk melayan tetamu lain..

bila ada masa nanti nak datang juga kesini bersama keluarga untuk menikmati hidangan lazat dari restoran Khadijah's kithen.

No comments:

Post a Comment

ada apa pertanyaan atau komen..disinilah tempatnya..