Monday, November 7, 2016

Marhaban di Tropicana Cheras

Assalamualaikum..
Mencatatkan kenangan pada 6 November 2016 bersamaan 6 Safar 1438H. pada jam 10.30 pagi..
Majlis yassin, tahlill, marhaban , doa selamat dan berendoi di rumah Puan Akmal dan suami di Tropicana 1 Cheras.
Kali ini ada kelainan sedikit..kerana bapa kepada Puan Akmal yang mengetuai bacaan yassin dan tahlil..

Kami rasa terharu sangat..kerana kebiasaannya kami di jemput untuk mengetuai majlis sebegini. Ahli keluarga dan tetamu hanya mengikut sahaja. Alhamdhulillah..pada majlis kali ini kami di pimpin olih seorang ketua keluarga iaitu bapa kepada Puan Akmal. Terharu dan sebak dengan alunan bacaan yassin dan tahlil serta doanya yang penuh syahdu sehingga menusuk kehati kami. Kami benar2 terkesan dengan alunan bacaannya.. sehingga tanpa disedari menitis airmata ini kerana tetiba terkenangkan arwah emak dan bapak..
"tetiba merasa bahagianya..jika kita mempunyai seorang IMAM di dalam rumah"
alfatihah buat emak dan bapak..
Ya Allah..Ya Tuhanku.. Engkau tempatkanlah kedua ibu bapaku didalam Syurga Firdaus Mu Ya Allah..Aamiin..



 Ya Allah..hadirkanlah seorang IMAM dikalangan ahli keluarga kami.. supaya beliau boleh membimbing kami kejalan yang benar..Aamin..