Thursday, April 30, 2015

Jemputan Kali Kedua Dari Belinda

Assalaamualaikum.. warahmatullahhiwabarokatuh..
Update majlis aqiqah anaknda kepada pasangan Belinda dan suami pada tarikh 22/3/15 lepas. Ini adalah jemputan kali kedua dari Puan Belinda yang berasal dari Sarawak. Jemputan kali pertama kira2 empat tahun lalu,  meraikan  majlis aqiqah dan potong jambul putera sulong mereka.
Majlis Baby Masya Zuyyin berlangsung sederhana dan meriah dengan kedatangan rakan2 dan jiran tetanga. Alhamdhulillah..kami sangat seronok dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan tuan rumah yang baik hati. Semuga pasangan ini dan seisi rumah mendapat keberkatan dan perlindungan dari Allah SWT dan anak2 yang soleh dan solehah..Amin.

 


 

 








Saturday, April 18, 2015

Marhaban Di Dewan Orang Ramai Seksyen 7 Shah Alam

Assalaamualaikum.. warahmatullahhiwabarokatuh..
 Tarikh majlis aqikah pada 1/3/15 lepas di Seksyen 7 Shah Alam.  Baru berkesempatan nak merakamkan kenangan di blog ini.
Kedatangan kami di sambut adik Puan Fatin dan neneknya.Persiapan di dewan orang ramai  belum siap sepenuhnya, jadi kami menunggu sehingga semua persiapan selesai di atur. majlis di dewan perlukan persiapan rapi..alhamdhulillah..majlis berjalan dengan sempurna dan seperti di rancang..
Semuga Puan Fatin sekeluarga bersama anakndanya sentiasa dalam keredhaan Allah dan dimurahkan rezekinya..Amin






  Ole-ole dan pelamin buaian ini untuk anaknda Puan Fatin. Sayang sekali kami tidak berkesempatan merakam gambar kenangan bersama Puan Fatin sekeluarga.

harus ada bukti yang kami di sini ;)


Friday, April 17, 2015

Khatam Al-Quran di Laman Seri Shah Alam

Assalaamualaikum..warahmatullahhiwabarokatuh..
Jangan tanya kenapa entry aktiviti marhaban kumpulan Al-Insyirah tidak ikut turutan tarikh ye..
Akak ikut gambar mana yang nampak dulu gambar laptop ni.Nak cari gambar lama yang bertingkat dalam laptop ni jadi masaalah juga. banyak dah gambar terkumpul sampai lupa majlis dimana dan nama yang ampunya diri. perlahan-lahan akak akan ingatkan balik semula..
Terbaru ..majlis di rumah Datin Fazilah di Laman Seri Shah Alam pada 11/4/15. majlis khatam Quran untuk anaknda puteri tunggal beliau.
Majlis yang ringkas tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara. Tuan rumah dan seisinya yang sangat baik hati, peramah dan sangat humble. Kami merasa malu pula bila di layan seperti tetamu istimewa. Sarapan pagi tersedia dihidang menanti kedatangan kami.lebih istimewa semua masakan di masak sendiri di rumah..sudah tentulah masakannya lebih sedap dan lazat..:)
Semuga Datin Fazilah sekeluarga dan seisi rumah mendapat keberkatan yang perterusan dari Allah SWT..Amiin.
Alhamdhulillah..wasyukrullillah..


Ustazah Rogayah sedang memberikan kata-kata aluan dan ucapan ringkas sebelum memulakan majlis Qhatam Quran

Selesai berqhatam Quran..Ustaz mengetuai acara bacaan yasiin dan doa selamat..



Sebelum kami mengundurkan diri sempat lagi Datin dan anakndanya keluar bergambar berasama kami.. dan tidak sampai di situ sahaja, Datin juga menjemput kami ke majlis resepsi pada keesokannya di dewan SUK Shah Alam.

suka jambangan bunga di rumah Datin..cantik!