Tuesday, May 14, 2013

Marhaban, Yassin di Putera Hight

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

lega dah rasanya bila PRU13 dah selesai. barulah aktiviti harian berjalan seperti biasa. selagi belum selesai..selagi itulah dimana2 pun topik perbualan paling hangat semuanya berkaitan FRU13. 
harapan selepas PRU13 berakhir semuanya boleh menerima keputusan dengan hati yang terbuka..

 beberapa hari sebelum pilihanraya akk menerima undangan majlis bacaan yasiin dan marhaban. undangan dari Puan Azizah dari Putra Height Subang. Pada awalnya majlis akan di adakan pada hari mengundi. di sebabkan ramai saudara mara yang akan balik mengundi maka majlis pernikahan di buat lebih awal. majlis resepsi tetap diadakan pada hari mengundi. kesian kan tuanrumah yang dah merancang begitu lama untuk majlis tersebut..tetiba terpaksa menukar tarikh kerana memberi peluang sanak saudara untuk keluar dan balik kampung untuk mengundi..
kan ke bagus kalau tarikh/bulan mengundi kita dah tahu awal. bolehlah merancang awal2 apa yang patut dan tidak. taklah terjadi kejadian panik kerana terpaksa membatalkan semua tempahan dan menunda tarikh majlis pada saat akhir..huhu

 
Di sebabkan majlis tersebut terkena pada hari jumaat, ramai ahli kumpulan akk yang tak dapat turut serta. untuk mencukupkan bilangan peserta, kami terpaksa import ahli kumpulan dari kumpulan lain. 
kalau berminat nak jemput kami ..bolehlah terus hubungi kakyon/kakrose..:)




Friday, May 3, 2013

Marhaban di Taman Cahaya Alam

Assalaam rakan bloggers yang di kasihi.. 
semoga kita semua di rahmati dan dalam perlindungan Allah swt..

Saja upload gambar pelamin yg cantik milik tuan rumah majlis cukur rambut anak puan faezah dari Taman Cahaya Alam, Shah Alam. majlis cukur rambut berlangsung pada hari sabtu 27/4/13 lepas.
selalu juga dapat undangan..tapi tak semua majlis gambarnya akk letak dlam blog..cuma kalau ada yang berkenan tema dan konsep akk tepeklah. buat rujukan bila2 nanti kalau.. manalah tahu nak buat majlis lagi..hihi
ramai yang kata pelamin ni cantik. kalau sekali pandang memang nmpk cam biasa. tapi bila tengok realnya..memang cantik. ramai juga yang meminta contack no empunya pelamin ni dari puan Faezah.



sweet colour pelamin..sesuai untuk majlis keraian buat baby girl..

puan Faezah bersama ibu dan MILnya..


sangat khusyuk ahli kumpulan Al Insyirah memperdengarkan bacaan rawi dan nasyid yg memuji2 Nabi...
mesti ramai yg kata *agaknyalah..hehe* kenapa kumpulan akk selalu sangat mengenakan pakaian dedondon warna pink pepel saja? sebenarnya kami ada banyak pakaian sedondon. tapi setiap kali kami dapat jemputan..thema warna inilah yang selalu menjadi minat tuan rumah. nak buat camnekan? pakai saja lah sehingga lusuh. sehinggalah sampai waktu dapat sponser baru. siapa nak sponser ekk? ada ker sesiapa di luar sana nak sponser baju kumpulam kami ni..hihi